Kepentingan ukhuwah umat Islam PDF Print E-mail
Written by MASTURA MOHD . ZAIN   
Monday, 24 October 2016 10:28

Perbezaan pandangan sepatutnya diurus dengan cara yang lebih matang dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan mempunyai undang-undang ini. Bukan­nya dengan cara menyerang dan melakukan kekasaran dan keganasan sehingga mengakibatkan kecederaan. Apakah yang sedang berlegar di fikiran mereka sewaktu melakukan perbuatan yang memalukan itu? Di sini timbulnya persoalan, ke manakah hilangnya sifat ukhuwah atau persaudaraan yang sepatutnya dimiliki oleh orang Islam? Perbuatan yang dilakukan ini langsung tidak mencerminkan peribadi seorang Muslim yang diperintahkan agar bersatu dan tidak berpecah belah atau bermusuhan.

Read more...
 
Kem Cuti Sekolah/IPT 2016 di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu (sudah penuh) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 11 July 2016 00:00

Istimewa Cuti Sekolah/IPT

 

26 November – 10 Disember 2016 (2 minggu)

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 100 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon/ sms /wtsap /facebook

 

Cara Daftar

Mesej atau watsap  <> Nama peserta <> Umur< >Halaqah 2016

kepada  019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 014-5481907 (Paklong)

 

Last Updated on Monday, 14 November 2016 18:23
Read more...
 
Fadhilat Puasa Sunat 9 dan 10 Muharram PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 09 October 2016 09:06

“Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah Allah muliakan. Secara khusus Allah melarangan berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya. Allah Ta’ala berfirman,

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

“Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.

” (QS. Al-Taubah: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahwa dosanya lebih besar daripada dikerjakan pada bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya. Salah satu amal shalih yang dianjurkan oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah puasa sunat. Baginda menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Read more...
 
Puasa hari Asyura menghapus dosa setahun PDF Print E-mail
Written by MOHD. RADZI MOHD. ZIN   
Sunday, 09 October 2016 08:41

Orang mukmin sentiasa mencari masa dan peluang menambah pahala melalui pelbagai ibadat. Dalam bulan Muharam, ada satu ibadat sunat yang sering dilakukan oleh umat Islam iaitu puasa hari Asyura atau puasa pada hari ke-10 Muharam.

Sementelahan, kita masih dalam semangat menyambut tahun baharu hijrah. Untuk itu, pasti ramai yang mempunyai semangat berkobar-kobar memulakan ‘buku catatan’ baharu amalan masing-masing dengan pelbagai perkara kebajikan di samping mengelak daripada melakukan kejahatan.

Read more...
 
Hijrah membina negara PDF Print E-mail
Written by Abdullah Md. Zin   
Friday, 07 October 2016 01:06

MENYINGKAP sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah meninggalkan negara dan keluarga tersayang. Allah SWT merakamkan hal ini: “Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah,” (Surah al-Hajj : 40).

Penghijrahan baginda bukan setakat berpindah tempat tetapi menghijrahkan umat yang lemah kepada kuat, tertindas kepada bergerak cergas, melarat kepada berdaulat dan dakwah dalam lingkungan terbatas kepada seluruh masyarakat. Titik permulaan hijrah dan pembinaan negara menjadi tanda aras kebangkitan Islam yang seterusnya tersebar ke seluruh dunia.

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 9 of 335