Biar sikit asalkan berkat PDF Print E-mail
Written by MOHD. SHAH CHE AHMAD   
Sunday, 12 February 2017 16:03

MEMPUNYAI harta dan wang melimpah ruah bukan jaminan bagi seseorang individu untuk hidup dengan senang dan tenang atau memperoleh segala yang diinginkan di dunia.

Pengasas Institut Qalam, Texas, Amerika Syarikat, Syeikh Abdul Nasir Jangda ketika menyampaikan ceramah dalam jelajah dakwahnya berkata, walaupun dilihat serba sederhana, tidak mustahil individu itu lebih sempurna dan gembira berbanding mereka yang mempunyai kehidupan mewah.

Begitulah tambah pendakwah kelahiran Dallas itu, keajaiban rezeki dan keberkatan dikurniakan oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang diingini tanpa mengira pangkat serta latar belakang.

“Ramai beranggapan dengan memiliki harta dan wang yang banyak pasti menjamin kebahagiaan, sehingga kita sentiasa menyebut dalam doa supaya Allah memperluaskan rezeki, menambahnya serta dikurniakan tanpa henti.

“Sebaliknya kita lupa, bukan harta dan wang yang banyak itu menjamin kecukupan tetapi sebenarnya adalah keberkatan daripada Allah. Seharusnya kita perlu berdoa, ‘apa yang aku telah peroleh adalah lebih daripada cukup, tetapi aku cuma mohon agar engkau (Allah) suntik keberkatan dan keredaan dalam setiap rezeki dikurniakan kepadaku,” katanya.

Read more...
 
Sekularisasi, liberalisasi sama bahaya PDF Print E-mail
Written by Dr Khalif Muammar   
Sunday, 12 February 2017 16:02

SATU daripada tiga agenda besar sekularisasi adalah membuang unsur agama daripada politik. Pengalaman masyarakat Barat terhadap percampuran antara agama dengan politik meninggalkan kesan mendalam. Pengalaman pahit ini kemudian dibuat secara umum sehingga apa sahaja bentuk percampuran agama dengan politik dianggap destruktif.

Pendekatan sekular terhadap politik ini adalah satu daripada dua ekstrem.

Pertama adalah idea penyatuan agama dengan politik, yang meletakkan agama dalam kerangka politik. Agama menjadi alat kepentingan kekuasaan. Ini dihadapi Barat pada zaman pertengahan.

Kedua, yang juga timbal balik terhadap pendekatan pertama, adalah pemisahan agama daripada politik. Mereka beri andaian percampuran agama dengan politik akan membawa kepada – tiada kebebasan beragama; kuasa mutlak dan penyalahgunaan agama untuk kepentingan kuasa; beri keistimewaan kepada satu agama sehingga menzalimi penganut agama lain. Pemisahan ini diharap membantu semua penganut agama berbeza, hidup aman damai.

Read more...
 
Sumbangan untuk musibah kebakaran di Pondok An-Nuur, Pahang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 19 January 2017 06:35

KUANTAN: Asrama Pusat Pendidikan Islam Annur Jalan Pantai Sepat, Kampung Kuala Penor di sini terbakar kira-kira jam 8.00 malam semalam.

Pusat pendidikan tersebut menempatkan seramai 110 orang pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun.

Menurut laporan rasmi pihak berkuasa, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan bangunan konkrit asrama pelajar lelaki di bahagian tingkat atas menempatkan seramai 60 orang pelajar manakala di tingkat bawah menempatkan 4 orang pelajar.

Read more...
 
Kisah dalam al-Quran inspirasi hidup PDF Print E-mail
Written by Faiz Othman   
Thursday, 19 January 2017 06:33

HAYATI nilai kehidupan dengan memahami setiap kisah yang disampaikan menerusi al-Quran. Kisah nabi yang Allah SWT ceritakan dalam al-Quran bukan sekadar untuk tatapan, tetapi perlu kita gunakan sebagai panduan dan inspirasi kehidupan.

Menerusi segmen Ibrah di IKIMfm untuk episod terakhir 2016, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman, berkongsi mengenai rangkuman ibrah dan pengajaran menerusi kisah dalam al-Quran.

Mengapa Allah SWT menjadikan satu perempat daripada al-Quran adalah kisah yang berlaku pada masa lampau? Orang yang membaca dan berinteraksi dengan al-Quran serta bertadabbur isi kandungannya tidak berasakan ia adalah kisah mengenai seseorang atau kejadian lampau.

Read more...
 
Islam Perlukan Lelaki Beriman, Berdedikasi PDF Print E-mail
Written by HISYAMUDDIN AYUB   
Thursday, 19 January 2017 06:32

SUATU hari Umar Al-Khattab r.a berada dalam sebuah rumah di Madinah bersama sekumpulan sahabat. Beliau bertanya kepada kumpulan sahabat tersebut tentang apa yang dimahukan mereka untuk mengisi sebuah rumah kosong.

“Seorang sahabat menjawab, dia mahukan rumah kosong itu diisikan dengan emas supaya dapat menggunakannya untuk jihad dan dibelanjakan pada jalan Allah SWT. Sementara seorang lagi sahabat berkata, dia mahukan rumah itu diisikan dengan permata dan berlian supaya harta tersebut boleh diberikan kepada umat Islam lain serta dimanfaatkan di jalan Allah SWT,”

Read more...
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 3 of 335