Hukum mencangkung semasa mandi wajib PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 31 October 2010 07:31

Soalan : Adakah betul mandi wajib adalah tidak sah kalau tidak dilakukan secara mencangkung.

Jawapan : Mandi wajib menurut apa yang terdapat dalam kitab-kitab feqah yang muktabar seperti kitab Fathu al-Wahhab dan lainnya maka didapati bahawa sunat berwudhu’ sebelum mandi kemudian sunat siram air mandian bermula sebelah kanan badan seterusnya sebelah kiri dan sebagainya. Tidak terdapat pendapat yang mengatakan bahawa jika tidak mandi secara mencangkung adalah tidak sah cuma mandi dengan cara mencangkung merupakan antara cara mandian yang memudahkan meratakan air ke seluruh badan. Oleh itu ia lebih meyakinkan bagi meratakan air ke seluruh badan berbanding cara berdiri dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa perkara yang wajib dibuat ketika mandi wajib ini ialah memastikan air meratai ke seluruh badan.