Hukum dan rukun jual beli PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Tuesday, 20 July 2010 07:17

Jual beli ialah satu akad untuk memiliki secara kekal sesuatu barang yang berupa harta atau manfaat dengan cara tukar menukar menurut syarat-syaratnya.

 

 

Keterangan bagi takrif di atas:

 

  • Akad adalah suatu perjanjian yang dilakukan diantara sesama manusia menurut syarat-syarat yang ditentu oleh syarak.
  • Memiliki secara kekal sesuatu yang berupa harta ialah menjadikan barangan yang telah dibeli kepunyan sendiri, seperti rumah milik sendiri.
  • Memiliki secara kekal sesuatu yang berupa menfaat ialah memiliki menfaat barangan secara kekal dengan membeli menfaat sesuatu barang tetapi tidak memiliki diri barang itu seperti membeli menfaat lalu diats tanah orang lain, besalahan menfaat yang dimiliki tidak secara kekal seperti rumah yang disewa maka tamat memiliki menfaatnya setelah tamat sewaan.
  • Tukar menukar ialah menukar barang yang dijual (harta) dengan harga (harta). Adapun nikah bukanlah pertukaran harta dengan harta maka ia tidak dipangil jual beli.

 

    

Rukun jual beli ada enam

 

1. Penjual.

2. Pembeli.

3. Barang yang dijual.

4Harga.

5. Ijab.

6. Qabul.

 

Contoh jual beli menurut rukun di atas:

 

Ali hendak menjual tanah kepada Osman lalu ia berkata ” aku jual tanah ini kepada engkau dengan harga tiga puluh ribu” jawab Osman “aku beli tanah ini dengan harga tiga puluh ribu” maka Ali adalah penjual, Osman adalah pembeli, tanah ialah barang yang dijual, tiga puluh ribu ialah harga, kata-kata Ali ialah ijab dan jawab Osman ialah Qabul.