Syarat kemasukan pelajar sementara PDF Print E-mail
Written by ibnuatiq   
Monday, 12 December 2011 00:00

Pihak madrasah sentiasa mengalu-alukan kemasukan sementara terutama pada musim cuti sekolah atau IPT. Kemasukan terbuka sepanjang masa kecuali pada musim cuti madrasah iaitu 3 kali setahun :

Cuti penggal madrasah telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

  1. Penggal  pertama -  bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah
  2. Penggal  kedua -  bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .
  3. Penggal  ketiga -  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal

Syarat pelajar sementara

 

 

1. Paling minima 2 bulan belajar di pondok kecuali di bawah program atau pakej khusus yang ditawar dan dikendalikan oleh pihak madrasah seperti seminggu atau 2 minggu

2. Memenuhi syarat kemasukan dan sanggup mematuhi peraturan madrasah

3. Mempunyai pondok untuk dihuni dengan bantuan pelajar lama kerana pihak pejabat hanya akan memproses kemasukan pelajar sementara setelah masalah penempatan diselesai sendiri oleh pelajar

 

 

Kelengkapan Bagi Pendaftaran

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 ,RM 6.00 sebulan (Jika masuk asrama RM 50 mula masuk, RM 15 air dan elektrik)

3.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

4     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

5.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

6.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

 

Last Updated on Saturday, 28 December 2013 12:14