Hukum berkaitan nikah kahwin PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Tuesday, 22 June 2010 07:59

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Kelebihan berkahwin

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Wahai sekelian pemuda barang siapa kuasa mendatangkan belanja, maka hendaklah dia berkahwin kerana berkahwin memejamkan mata (daripada melihat maksiat) dan memeliharakan kemaluan (tidak melakukan zina) meriwayat Bukahari, Muslim dan lainnya.

َ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٌ جَارِيَةٌ وَعِلْمٌ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ قَالَ أَبمو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Apabila mati manusia terputus amalannya melainkan tiga pekara pertama sedekah yang berkekalan kedua ilmu yang memberi menfaat ketiga anak yang soleh yang mendoa baginya. Berkata Abu Ieyas hadis ini elok lagi sahih.

Saidina Abdullah bin Abbas pernah ‘berkata tidak sempurna ibadat seorang itu melainkan setelah dia berkahwin’. Berkata Ibrahim Mubashir ‘tidak menegah seorang itu berkahwin melainkan lemah atau jahat’. Berkata Ibnu Masud jika ‘tidak tingal umur ku melainkan sepuluh hari nescaya aku kasih bahawa aku berkahwin sehinga tidak aku berjumpa akan tuhan ku dalam keadan bujang’.

Hukum nikah

  • Sunat berkahwin/bernikah bagi mereka yang gemar serta ada belanja (emas Kahwin).
  • Terlebih elok meningalkan berkahwin bagi mereka yang ketiadan belanja dan dipecahkan sahwat dengan puasa.
  • Makruh berkahwin bagi mereka yang tidak gemarkannya lagi pula tiada belanja
  • Afdal menumpukan masa pada ibadat bagi mereka yang tiada gemar berkahwin serta ada belanja sekiranya dia seorang abid / kuat ibadat
  • Afdal berkahwin bagi mereka yang tidak gemar padanya dan ada belanja jika dia bukan seorang abid
  • Makruh berkahwin mereka yang ada belanja serta lemah zakar, sangat tua, atau berpenyakit yang tiada harapan sembuh jika tiada berkehendak seumpama orang yang menguruskannya atau teman adapun jika  berkehendak yang demikian itu tidak makruh.
  • Sunat diniatkan pada ketika hendak berkahwin memperbuat  sunnah nabi yakni mengikutnya, menndapat anak supaya meramaikan umatnya, dan menjauhkan diri dari maksiat, jangan diniatkan semata-mata berseronok atau bermain-main jua.
  • Harus bagi lelaki yang merdeka menghimpun empat isteri yang merdeka.
  • Harus bagi hamba memiliki dua orang isteri.
  • Tidak boleh berkahwin orang yang merdeka akan hamba kecuali dua syarat

i.  Ketiadan mas kawin perempuan merdeka.

ii.  Takut zina.

Rukun nikah ada lima

  1. Suami.                     2.  Isteri.

3.  Wali                        4.  Dua orang saksi

5.  Ijab dan kabul

Syarat suami

  1. Lelaki yang halal nikah (bukan mahram) dengan perempuan yang hendak dikahwini.
  2. Bernikah dengan kehendak sendiri yakni tidak dipaksa.
  3. Tertentu lelaki yang hendak bernikah.
  4. Diketahui halal dia berkahwin dengan perempuan yang hendak dikahwini.

Syarat sah suami akad nikah dengan sendiri

  1. Baligh.
  2. Berakal.
  3. Merdeka.
  4. Tidak ditahan memerentah harta dengan sebab bodoh.

Apabila bakal suami ada syarat yang tersebut harus dia mengkabul/ menerima akad dengan sendiri atau diwakil kepada orang lain.

Menikahkan anak lelaki yang masih kecil tetapi sudah berakal

  1. Tidak harus kanak-kanak akad nikah denga sendiri walaupun dengan izin walinya yakni bapa dan datuk sebelah bapa.
  2. Tidak harus wali menikahkan kanak-kanak dengan hamba kerana tidak ditakut berlaku zina pada kanak-kanak.
  3. Tidak harus wali menikahkan kanak-kanak dengan perempuan yang ada aib/cedera yang boleh dikhiar/dihantar balik, seperti perempuan buta, kusta atau sebagainya.
  4. Wali harus menikahkan anaknya yang belum baligh dengan perempuan yang tidak setaraf dengannya kerana lelaki tidak malu berdamping dengan perempuan yang tidak setaraf dengannya, bersalahn perempuan.
  5. Tidak harus wali mengkahwinkan anaknya dengan mas kahwin yang lebih daripada biasa (mas kawin sepatut) jika dengan harta anaknya, adapun dengan harta wali tidak mengapa.
  6. Tidak harus lain daripada bapa dan datuk sebelah bapa menikahkan kanak-kanak.

Menikahkan lelaki baligh yang gila

Tidak harus wali menikahkan lelaki baligh yang gila melainkan kerana dia berhajat kepada wati, berhajat kepada orang yang berkhidmat untuknya atau diharap sembuh gilanya dengan berkahwin, pada keadan ini harus bapa menikahkannya, jika tiada bapa datuk jika tiada datuk sultan tetapi sunat sultan bermesyurat dengan wali akrab (wali yang hampir) supaya menenangkan hati mereka.