Hukum berkaitan meminang PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Monday, 21 June 2010 07:10
  • Sunat didahulukan meminang daripada berkahwin.
  • Hendaklah perempuan yang dipinang

                                     i.            Bukan isteri orang

                                   ii.            Tidak beredah

                                 iii.            Bukan tunangan orang

  • Haram mengunakan lafas yang terang pada menyatakan gemar hendak berkahwin dengan perempuan yang didalam edah tolak tiga dan edah wafat.
  • Harus diguna lafas sindir untuk menyatakan gemar memperisterikan perempuan dalam edah wafat dan edah tolak tiga, lafasnya seperti beruntung siapa dapat memperisterikan engkau.
  • Orang yang diajak berbincang tentang pertunangan wajib menyebutkan kejahatan orang yang hendak meminang atau dipinang dengan sebenar supaya dapat dibuat pertimbangan.
  • Sunat didahulukan khutbah sebelum meminang seperti dikata

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام علي سيد المرسلين وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم الي يوم الدين أوصيكم ونفسىبتقوى الله

 Kemudian hendaklah dikata

أما بعد فقد جئتكم خاطبا كريمتكم فلانة

Kami datang hendak meminang kemulian kamu si polan (sebutkan namanya)

  • Wali peremruan yang dipinang disunat membaca khutbah seperti diatas dan kemudian bolehlah diterima pinangan atau ditolak.