Syarat wajib memperkenan jemputan perkahwinan. PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Tuesday, 15 June 2010 06:48

Apabila sesaorang itu diundag kemajlis perkahwinan, menjadi kewajipan di atas yang dijemput memperkenankan jemputan itu. Maka syarat memperkenan jemputan adalah seperti berikut:

1. Orang yang dijemput tidak tertentu orang kaya kerana kayanya, bahkan yang dijemput orang kaya dan miskin.

2. Islam orang yang menjemput dan yang dijemput. Tida wajib bagi orang islam memperkenan jemputannya kafir zimi tetapi sunat jua, tidak wajib kafir zimi memperkenan jemputan kahwin.

3. Jika dibuat walimah beberapa hari wajib diperkenan jemputan pada hari yang pertama, sunat pada hari kedua dan makruh pada hari yang ketiga.

4. Jika dibuat walimah tiga waktu dalam satu hari mereka yang dijemput pada waktu yang pertama sahaja wajib memperkenannya.

5. Jangan ada di majlis kenduri pekerjaan yang mungkar melainkan orang yang dapat menghalang pekerjan mungkar itu, pada ketika itu wajib baginya memperkenan jemputan dan menegah kemungkaran.

Sekiranya sesuatu majlis perkahwinan itu tidak mengikut syarat yang disebut maka tidak wajib yangg dijemput memperkenankan jemputan itu. Adapun kenduri yang lain daripada majlis perkahwinan tidak wajib diperkenan tetapi hanya sunat sahaja.