Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1437H di Pondok Pasir Tumboh PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 17 May 2016 14:43

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1437H maka pihak Pondok Pasir Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun ke-8 setelah program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini  berjaya diadakan dengan sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan terutama siswa/wi yang sedang cuti semester.

 

 

Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
09-7657786 / 019-9388902

Pendaftaran dibuka sepanjang masa

Pengajian secara berulang alik atau menginap di pondok

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
  • Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab) dengan berulang-alik setiap hari
  • Harga Kitab Unwanul Falah Edisi jawi  RM 3.00
  • Harga kitab Hidayah Salikin edisi jawi RM5.00
  • Harga Kitab Misbahul Munir edisi jawi RM3.00
  • Bagi peserta muslimin yang ingin menetap di pondok yuran daftar RM20.00 dan bil elektrik RM10.00. Datang daftar mulai 2 Ramadhan/ 7 Jun  nanti
  • Perbelanjaan makan minum tanggungan sendiri (majlis berbuka puasa disediakan di Masjid pondok setiap petang manakala pelajar muslimat bujang makanan berbuka disedia di madrasah tempat mereka menginap)
  • Bagi muslimat yang ingin tinggal kawasan pondok yuran daftar, tempat tinggal dan bil elektrik RM58.00. Terus datang daftar mulai 2 Ramadhan ini dengan Ustazah Fadhilah (0145429086/0129975513)
  • Bagi pasangan kelamin atau warga emas kena cari pondok atau bilik sewa sendiri jika mahu tinggal kawasan pondok kerana pihak pejabat tidak menguruskan urusan tersebut

Tarikh & Masa Mula Daftar Diri

Mulai 2 Ramadhan 1437H bersamaan 7 Jun 2016M (Selasa)
jam 8.30 pagi

 

Kelengkapan peribadi

sila bawa perkara tersebut :

1. Pelajar lelaki kena bawa Jubah sekurang sehelai(jika ada) / banyakkan baju melayu n kain atau kemeja lengan panjang
2. Pelajar perempuan kena bawa Jubah 
2. Pakaian tidur/selimut/toto@tilam/bantal
3. alat tulis
4. Fotostat kad pengenalan
5. Gambar ukuran passport sekeping

 

JADUAL AKADEMI PONDOK 1436H

TARIKH Masa Kitab

Mulai

9.00– 11.30 am Kitab : Unwanul Falah

7 Jun 2016M

2 Ramadhan 1437H

2.00 – 3.00 pm Kitab : Hidayah Salikin
hingga 30 Jun 2016M bersamaan 25 Ramadhan 1437H 3.30 – 4.30 pm Kitab : Misbahul Munir

Setiap Jumaat cuti

# Kitab Unwanul Falah melibatkan beberapa bab daripada ilmu Feqah

# Kitab Hidayah Salikin pula menyentuh ilmu tasawwuf

# Kitab Misbahul Munir berkenaan ilmu Tauhid

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir
Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi :

Tel :09-7657786 H/P :019-9388902

(Ust. Ahmad Shairazi )

Last Updated on Monday, 23 May 2016 00:42