Dalam bergembira usah membazir PDF Print E-mail
Written by Mohd Hassan Adli Yahya   
Tuesday, 21 July 2015 11:14

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya hari ini sudah masuk hari ketiga kita meraikan ‘Idulfitri.’ Pastinya hari raya pada tahun ini membawa pengertian yang berbeza kepada setiap umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kita menyambut ketibaan Syawal dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran, di samping jemputan rumah terbuka yang pastinya memenuhi jadual setiap hari terutamanya hujung minggu, jangan pula kita lupa mereka yang mungkin tidak berasa nikmatnya hari raya seperti yang kita rasa.

Umat Islam di Rohingya umpamanya, yang terpaksa berjuang dan melarikan diri daripada cengkaman ekstremis Buddha yang melampau di kampung halaman mereka yang rakus membunuh dan menyeksa dengan kejam.

Lebih menghibakan lagi apabila mereka umpama tiada tempat untuk melarikan diri kerana banyak negara yang ‘tidak sudi’ menerima mereka.
Begitu juga dengan masyarakat Uighur di daerah Xinjiang, China yang juga terpaksa berhadapan dengan ancaman daripada kerajaan negara mereka sendiri. Tidak lupa juga nasib saudara mara kita di Syria dan Palestin.

Semoga Allah memberikan kesabaran dan mengganjari mereka dengan syurga di akhirat kelak. Pada saat kita mewah dengan makanan, mereka mungkin sedang ‘ikat perut’ akibat bekalan makanan yang terhad ataupun disekat.

Justeru, pada saat kita dilimpahkan dengan pelbagai rezeki ini, maka beringatlah supaya jangan menyumbang kepada pembaziran kerana kita pasti akan dipertanggungjawabkan atas setiap pembaziran yang dilakukan di hadapan Allah nanti.

Dalam sebuah laporan akhbar baru-baru ini, tidak silap saya negara kita menghasilkan hampir sembilan juta tan sisa makanan setiap hari yang mampu dijadikan makanan kepada berkuta-juta orang di luar sana. Sungguh, saya amat sedih apabila mengenangkan perkara ini.

Bagaimana pada saat ramai manusia di luar sana yang terpaksa berjuang untuk hidup, kita sewenang-wenangnya mencampakkan makanan yang berlebihan ke dalam tong sampah tanpa rasa bersalah.

Lebih membimbangkan menjelang Syawal nanti, ‘pesta makan’ ini berterusan lagi dengan rumah terbuka. Pastinya jumlah sisa makanan yang terbazir ini juga meningkat entah berapa kali ganda.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan daripada kita terlalu mudah untuk mencampakkan makanan yang tidak habis itu ke tong sampah. Mungkin juga kerana tidak mahu mengusutkan fikiran daripada memikirkan bagaimana untuk ‘menyelamatkan’ makanan itu daripada terbuang. Sedangkan, kita sebenarnya masih boleh menyelamatkan makanan itu daripada terbuang begitu sahaja.

Umpamanya, membuat anggaran dengan berhati-hati dan tidak menempah makanan dan minuman secara berlebih-lebihan, menyedekahkan makanan itu kepada jiran atau mereka yang memerlukan.

Atau juga kita boleh memberi sahaja makanan itu kepada haiwan di tepi jalan. Selain mengelakkan pembaziran, insya-Allah kita juga didoakan kesejahteraan oleh haiwan berkenaan. Allah juga akan gembira kerana kita telah membantu makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Sesungguhnya saya percaya ramai yang pernah mendengar ungkapan “Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Dan syaitan itu pula adalah daripada kalangan makhluk yang kufur kepada Tuhannya.”

Selain menyentuh isu pembaziran menjelang bulan Syawal ini, isu program dan pengisian dalam rumah terbuka ini juga sewajarnya diberikan perhatian yang serius oleh kita sebagai umat Islam.

Jangan pula majlis ini menjadi medan mengumpul dosa selepas kita berusaha menyucikan diri daripada dosa sepanjang Ramadan yang lalu. Batas pergaulan seperti bab bersentuhan antara lelaki dan perempuan, penjagaan aurat dan sebagainya perlu sentiasa dititikberatkan.

Begitu juga dengan pancaindera kita yang harus dijaga. Jagalah mulut agar tidak berlebih-lebihan. Jagalah mata agar terlindung daripada maksiat mata. Jagalah telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia dan jagalah iman supaya kita sentiasa dalam radar keberkatan-Nya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya hari ini sudah masuk hari ketiga kita meraikan ‘Idulfitri.’ Pastinya hari raya pada tahun ini membawa pengertian yang berbeza kepada setiap umat Islam di seluruh dunia.

Dalam kita menyambut ketibaan Syawal dengan penuh rasa kegembiraan dan kesyukuran, di samping jemputan rumah terbuka yang pastinya memenuhi jadual setiap hari terutamanya hujung minggu, jangan pula kita lupa mereka yang mungkin tidak berasa nikmatnya hari raya seperti yang kita rasa.

Umat Islam di Rohingya umpamanya, yang terpaksa berjuang dan melarikan diri daripada cengkaman ekstremis Buddha yang melampau di kampung halaman mereka yang rakus membunuh dan menyeksa dengan kejam.

Lebih menghibakan lagi apabila mereka umpama tiada tempat untuk melarikan diri kerana banyak negara yang ‘tidak sudi’ menerima mereka.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64667#sthash.i2mkz7as.dpuf