Bala penghina Rasulullah s.a.w PDF Print E-mail
Written by IBRAHIM ABDULLAH   
Thursday, 04 July 2013 11:10

SEJAK mutakhir ini banyak kalangan terutama masyarakat Barat telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dengan bermacam-macam cara seperti melalui filem, kartun dan sebagainya.

Kini tersebar pula di kalangan masyarakat di Malaysia menerusi Internet akan perkara yang sama. Kes ini yang dilaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai gaya baharu untuk merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Seperti yang kita ketahui, Allah SWT telah mengangkat martabat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan suatu kedudukan yang tiada tolok bandingannya dengan nabi, manusia, dan makhluk lain. Kedudukannya banyak diungkapkan melalui al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Seseorang itu walaupun dia bukan Islam apa lagi yang beragama Islam, dia tidak boleh mengatakan atau menghina Nabi Muhammad SAW melalui bentuk pengucapan, penulisan, perbahasan, lukisan atau sebagainya.

Malah kita disuruh agar merendahkan suara ketika bercakap dengan Rasulullah SAW dan haram bagi umat Islam meninggikan atau menyaringkan suara semasa bercakap dengan baginda Rasulullah SAW.

Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan suara terhadap yang lain (larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedangkan kamu tidak menyedarinya. (al-Hujurat: 2)

Berdasarkan ayat di atas, adalah jelas dan nyata bahawa umat Islam mestilah menghormati Nabi SAW, bersopan santun kepada Baginda dan menjaga adab serta tatatertib kepada Baginda dalam apa jua keadaan dan situasinya.

Menghina

Perbuatan dan tindak tanduk menghina Nabi SAW seperti yang dilakukan oleh mereka yang terlibat adalah salah satu perbuatan terkutuk dan merupakan satu dosa yang amat besar di antara segala dosa.

Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang mencela dan menghina Nabi SAW mesti dihukum bunuh. Namun mereka berselisih pendapat, adakah orang tersebut terus dibunuh atau ditangguhkan dahulu dan disuruh ia bertaubat (istitab) serta adakah istitab itu adalah wajib ataupun tidak.

Al-Qadhi al-Iyadh berkata di dalam al-Shifa, bahawa di dalam al-Quran, as-Sunnah dan ijmak banyak dijelaskan tentang hak-hak Rasulullah SAW, kebaikan, kehebatan, kebesaran dan kemuliaan Baginda.

Oleh sebab itu, Allah SWT mengharamkan perbuatan menyakiti Nabi SAW seperti mana tertera dalam al-Quran.

Dalam konteks itu, semua ulama tanpa khilaf menerima hukum bunuh bagi umat Islam yang memperkecilkan dan menghina Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat serta menyediakan bagi mereka azab seksa yang amat hina. (al-Ahzab: 57)

Diazab

Daripada ayat di atas, dapat difahamkan dengan jelas bahawa sesiapa yang menghina Rasulullah SAW akan diazab oleh Allah di akhirat dan di dunia pula mereka akan dilaknat serta dihukum dengan hukuman yang amat berat.

Sesiapa yang menghina Rasulullah SAW dengan menyebut kekurangan pada diri, keturunan, agama, gerak-geri Baginda SAW ataupun membuat keraguan dengan sesuatu niat yang bertujuan untuk menghina dan mencela Rasulullah atau memperkecilkan segala urusan, merendah-rendahkan Rasulullah SAW, maka hukumnya adalah dibunuh.

Demikian juga sesiapa yang melaknat atau mendoakan sesuatu keburukan ke atas Rasulullah SAW atau bercita-cita untuk memberi kemudaratan ke atasnya atau menyebut sesuatu yang tidak layak baginya untuk mengeji dirinya, maka para ulama dan ahli fatwa daripada kalangan sahabat Baginda telah bersepakat supaya mereka itu dijatuhkan hukuman bunuh.

Menurut kesepakatan ulama mazhab as-Syafi’i, sesiapa yang menghina Nabi SAW, maka dia telah murtad dan keluar daripada Islam. Hukuman baginya adalah sama seperti orang yang murtad iaitu diberi peluang untuk bertaubat dan jika dia enggan dan tetap dengan pendiriannya, maka hendaklah dibunuh.

Jika dia bertaubat, maka hendaklah dibebaskan walaupun dia melakukan kesalahan tersebut berulang kali, tetapi dengan syarat taubatnya itu mesti disertai dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menzahirkan taubatnya serta menyesal di atas perbuatannya yang melanggar hak Islam. (Kifayat al-Akhyar)

Jadi kafir

Orang yang menghina Nabi SAW jika dia adalah Islam, maka dia menjadi kafir dan dibunuh tanpa khilaf. Ini merupakan kesepakatan mazhab imam yang empat dan juga mazhab-mazhab yang lain.

Jika dia adalah kafir dhimmi, maka dia juga dibunuh menurut pendapat mazhab Imam Malik, Ahli Madinah, mazhab Imam Ahmad dan fuqaha hadis.

Allah SWT melaknat sesiapa yang menghina Rasulullah SAW di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menghina Rasulullah SAW samalah seperti menghina Allah SWT.

Tiada khilaf di sisi ulama mengenai hukum bunuh, dilaknat dan dihukum kafir bagi sesiapa yang mencerca Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 57.

Ahli tafsir menyatakan bahawa mereka itu adalah lebih jahat dan lebih teruk daripada keldai. Orang yang mencaci Nabi SAW dihukum zindiq dan berhak dihukum bunuh kerana menukar dan mengubah agamanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya, maka dihukum pancung.” Hukuman sedemikian sebenarnya bertujuan untuk menjaga dan memelihara kehormatan dan keistimewaan Nabi Muhammad