Hukum Berkaitan Babi PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:07

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنْ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ

فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Cuba lihat perkatan الْمَيْتَةَ apa maknanya?

Sudah tentu bagkai.apa dia bangkai?

Bangkai didalam ayat ini ialah binatang yang tidak disembelih  atau disembelih tidak mengikut syarak.

Apakah sembelih yang mengikut syarak?

Sembelih mengikut syarak ialah memotong urat tempat lalu nafas dan urat tempat lalu makanan pada binatang yang boleh dimakan lagipula yang kuasa disembelih.Dengan itu menyembelih binatang yang tidak boleh dimakan tidak dinamakan menyembelih mengikut syarak.

Apakah ada orang menyembelih babi mengikut syarak?

Adakah babi termasuk binatang yang halal dimakan?

Babi termasuk dalam binatang yang tidak boleh dimakan, maka pada nya ada dua sifat

pertama haram kerana bangkai kedua ianya haram dengan lafaz وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ.

Ertinya haram makan daging babi.

Dalam ayat menyebut daging, adakah yang lain dari daging termasok dalam kata haram sepertimana daging? seperti lemak kulit dan lain-lain.

Didalam ayat  ini Allah menyebut وَلَحْمَ الْخِنزِير ertinya dan haram daging babi maka yang lain haram juga kerana kaidah من إطلاق الجزإ وإرادة كل ,mengitlak satu juzuk tapi yang dikehendaki sekelian yakni mengantong sesuatu pada sebahagian tetapi yang dikehendaki keseluruhan benda itu.

Didalam ayat ini Allah gantungkan pengharaman pada daging dan yang lain masuk (mengikut) dalam kehendak pengharaman.Sekarag ini saya nak bawakan pendapat ulamak mazhab.

Mengikut mazhab Hanafi sekalian angota (juzuk) binatang yang tidak sampai darah seperti bulu gading dan lain adalah suci melainkan babi. Maka sekalian juzuk babi adalah najis mengikut pendapat Hanafi.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali sekelian juzuk binatang yang telah mati adalah najis maka ia adalah haram kerana firman Allah حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ. Diharamkan keatas kamu bangkai. Mengikut dua mazhab ini Kulit bangkai tidak boleh jadi suci dengan disamak

juzuk satu m. 157 الفقه الاسلمي Dr. Wahbah Zuhayli.

Mengikut mazhab Maliki tiap-tiap benda hidup suci sehinga anjin dan babi. Yang dikehendaki yang hidup bukan yang dah mati.Mufakat sekelian ulamak bahawa daging babi najis sekalipun disembelih dan berkata mereka itu sekelian juzuk babi yang telah mati adalah najis.Mengikut mazhab Maliki dan Hambali pada pendapat yang Mashur kulit bangkai najis samaada disamak atau tidak kerana kulit satu juzuk dari bangkai. Maka tidak jadi suci dengan samak kerana firman Allah إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ mengikut mereka itu hadis yang mengharuskan kulit bangkai telah tidak boleh diguna hukum kerana telah di nasakh oleh hadis

أني كنت رخصت لكم فى جلود الميتة فاذا جاءكم كتابي هذا فلا تنفعوا من الميتة بإهاب

ولا عصب رواه أحمد وأبو داود وفى لفظ  أتنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم

قبل وفاته بشهر او بشهرين

Ertinya sesunguhnya aku telah memberi kemudahan kepada kamu pada kulit bangkai maka apabila sampai surat ini kepada kamu maka jangan kamu ambil menfaat dari kulit bangkai dengan disamak dan tidak juga diambil manfaat dengan nya dengan membalut telah meriwayat hadis ini Imam Ahmad dan Abu Daud dan ada terdapat pada riwayat yang lain dengan lafaz telah datang kepada kami surat Rasullah selepas wafatnya lebih kurang sebulan atau dua bulan.Maka hadis ini menasakh hadis yang megharuskan mengambil manfaat dari kulit binatang.

Mazhab Zahiri tidak boleh diamal kerana tidak ada lagi ulamak yang besanad (bersambung) hinga kepada mereka itu.

Sanad adalah penting supaya menjaga kesinambungan ilmu supaya tidak ada unsur penipuan seperti mengubah pendapat mereka itu atau menambahnya sedangkan mereka tidak berpendapat begitu.

Tentang bab istihalah (berubah) yang dikehendaki disini adalah berubah dengan sendirinya seperti arak berubah jadi cuka atau darah dipusat kijang berubah jadi kasturi. Bukan berubah dengan usaha kita dan bukan semua benda berubah masuk dalam bab ini.

Kalau semua benda yang berubah sifat masuk dalam bab ini maka racun yang berubah boleh dimakan. والله اعلم

 

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:19