Niat 2 Ibadat Dalam Satu Masa PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:24

Klik disini untuk melihat dalam bahasa arab yang saya ambil dari kitab إضاح القواعد

Disini saya hendak terangkan jenis-jenis niat yang boleh disekutukan dan yang tidak boleh disekutukan.

Mensekutukan niat


  • Bahagian pertama

Mensekutukan niat ibadat dengan yang lain.

1. Ini terkadang membatalkan ibadat itu seperti menyembelih kurban kerana Allah dan kerana yang lainnya, maka menghimpunkan pada menyembelih dengan yang lain Allah menyebabkan haram memakan daging binatang itu.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:15
Read more...
 
Perbuatan Rosakkan Iman PDF Print E-mail
Written by ibnuatiq   
Wednesday, 14 April 2010 14:22
  1. Menghina Allah

 

Menghina Allah adalah suatu perkara yang sangat keji. Ia adalah salah satu dari perkara yang merosakkan akidah. Penghinaan kepada Allah berlaku melalui perkataan, perbuatan atau iktikad. Antaranya mencaci Allah, mengatakan sifat yang tidak layak seperti buta, bisu dan sebagainya

2. Menghina agama

 

Menghina Islam dengan apa jua peghinaan, seperti mengatakan Islam tidak sesuai pada zaman moden dan sebagainya. Mengiktikad bahawa agama lain lebih baik dari Islam

 

3. Mempersenda agama

 

Agama dipersendakan dengan perkataan atau perbuatan. Seperti mengatakan `janggut mencari makan’, mempersendakan hukuman hudud dan sebagainya. Mengatakan undang-undang ciptaan manusia lebih baik dari hukuman Allah.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:24
Read more...
 
Perbezaan Mukjizat, Karamah dan Sihir PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:19

Mukjizat ialah pekara yang menyalahi adat yang berlaku pada seorang yang menjadi rasul, yang mufakat dengan yang sebenar serta tidak dapat ditentang atau dilawan

Karamat ialah pekara yang menyalahi adat yang berlaku pada seorang wali dan orang soleh.

Maunah ialah pekara yang menyalahi adat yang berlaku pada bukan wali di kalangan orang mukmin.

Ihanah ialah pekara menyalahi adat pada seorang yang mengaku nabi atau wali tetapi berlawanan dengan apa yang dia kehendaki. Seperti pekara yang berlaku pada Musailamatul-kazzab yang mengaku nabi, bahawa dia telah meludah kedalam telaga yang masin airnya dengen tujuan menjadikan tawar air itu tetapi apa yang terjadi sebaliknya iaitu air itu bertambah masin.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:22
Read more...
 
Istilah Pengiraan Syarak PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:00
  • 1 Gantang Bagdad = 2.75 liter. 1 gantang = 4 cupak.
  • 1 Cupak = 0.688 liter = 750 grm.
  • 1 Wasak = 165.060 liter = 180 grm.
  • 1 Kolah = 95 liter. 2 kolah = 190 liter / 317 kati / 192.121 kg.
  • 1 Dinar = 4.25 grm.
  • 1 Miskal = 1 Dinar.
  • 1 Dirham 2.975 grm.
  • 1 Batu hasimi = 1848 m.
  • 1 Parsakh = 55444 m. 1 Parsakh 3 batu.
  • 1 Barid = 4 Parsakh
  • Jarak boleh kasar sembahyang 4 Burud = 16 Parsakh = 48 Batu = 88.704 km
  • Nisab zakat emas 85 grm.
  • Nisab zakat perak 595 grm.
  • Nisab zakat bijirin, dan buah 5 ausuk = 900 kg. lebih kurang.
  • Kafarah sumpah 10 cupak = 7.5 kg.
  • Kafarah jimak ketika haid 1 dinar atau setengah dinar.
  • Kafarah jimak dalam bulan ramadan 60 cupak = 45 kg.
  • Kadar diat (ganti rugi bunu) yang sempurna 1000 dinar = 4250 grm.
  • Zakat fitrah 1 gantang = 3 kg.
  • Nisab mencuri suku dinar = 1.0625 grm.
Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:20
 
Hukum Memandang Perempuan PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:06

Hukum memandang perempuan

  • Sunat sebelum meminang seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memadai dengan izin syarak serta beberapa syarat

i.            diharapkan terima pinangannya.

ii.             lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.

iii.             Semasa melihat ada serta perempuan walinya.

  • Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
  • Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
  • Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
  • Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
  • Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
  • Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan  daripada melihat.
  • harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
  • Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.
Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:20
Read more...
 
Hukum Berkaitan Darah Haidh PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:23

Terdapat tiga hukum yang bergantung dengan sebab haidh

1.      Haram keatas perempuan itu sendiri iaitu sembahyang, sujud tilawah, sujud syukur, tawaf, puasa, iktikaf, masuk di dalam masjid, lalu di dalam masjid jika takut melumurkan masjid dengan titik darahnya, membaca al-quran, menyentuh Mashaf dan mandi dengan niat mengkat hadas

2.      Diharamkan keats suami persetubuhan, talaq dan mengambil kesedapan diantara pusat dan lutut

3.      Hukum yang berkaitan dengan haidh iaitu baligh, mandi, iddah dan mempastikan kebersihan rahim

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:14
Read more...
 
Perkara Yang Merosakkan Iman PDF Print E-mail
Written by ibnuatiq   
Wednesday, 14 April 2010 14:20

Perkara asas yang membawa kepada kerosakan aqidah ialah melalui tiga cara:

 

1. Iktiqad

 

Iktiqad kepada yang selain dari Allah sebagai Tuhan. Akidah yang salah seperti akidah penganut agama kristian, akidah orang yahudi dan sebagainya. Konsep bertuhankan kepada dewa-dewa dan penunggu.



2. Perbuatan

 

Perbuatan yang merosakkan akidah seperti rukuk (dengan niat membesarkan makhluk) atau sujud kepada makhluk yang selain dari Allah. Melakukan upacara pemujaan seperti menyembelih kerbau balar kepada dewa atau penunggu dan sebagainya.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:24
Read more...
 
Definisi Mukallaf PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:13

Mukallaf ialah seorang yang diberati hukum-hukum dan perentah-perentah agama islam. Maka hukum syarak tergantung di atas bahu tiap-tiap orang mukallaf.

 

Syarat jadi mukalaf ialah:

Akil: orang yang berakal yakni orang yang tidak hilang akalnya dengan sebab mabuk, gila dan seumpamanya.

Baligh: orang yang sampai umurnya lima belas tahun, orang yang keluar mani dengan mimpi dan lain-lain setelah umurnya sembilan tahun atau perempuan yang keluar haidh setelah umurnya sembilan tahun.

Sampai seruan: iaitu sampai dakwah rasul yakni mereka yang tingal di kawasan yang boleh sampai seruan rasul, tidak mukalaf mereka yang tingal di kawasan yang tidak boleh sampai seruan rasul.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:18
Read more...
 
Hukum Berkaitan Berjunub PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:04

Janabah (جَنَابَة)

Pengenalan

Dari sudut bahasa janabah (بُعْدٌ) bererti jauh

Dari sudut syara`

أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ

suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`.

Janabah boleh terjadi dengan dua cara

  1. Dengan sebab bersetubuh.
  2. Dengan sebab keluar mani.

Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh

Sabda nabi   (النبي صلى الله عليه وسلم)

إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم

Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini  diriwayat oleh Muslim.

Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:19
Read more...
 
Bahagian Hukum PDF Print E-mail
Written by Ustaz Alias   
Wednesday, 14 April 2010 14:07

Pengertian hukum

Hukum adalah (إِثْبَاتُ أَمْرٍ لأَمْرٍ أَوْ نَفْيُهُ عَنْهُ) menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan daripadanya, seperti kita menetapka putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.

Bahagian hukum Pada umumnya hukum terbahagi tiga:

Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.

Hukum akal ialah ketetapan yang didapati melalui akal seperti satu separuh daripada dua dan lainnya.

Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasan seperti api boleh membakar dan lainnya.

Last Updated on Saturday, 17 April 2010 23:19
Read more...
 
«StartPrev161162163164165166167168NextEnd»

Page 167 of 168
 

Bancian Pengunjung

Pandangan anda berkenaan Laman ini